Rabu, 09 Februari 2011

Keselamatan Perbankan Online

Sekarang ini trend penggunaan perbankan internet semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita. Justeru itu, langkah keselamatan perlu diamalkan dalam menjalankan urusan perbankan internet untuk memastikan transaksi yang anda jalankan benar-benar selamat. Beberapa langkah yang sewajarnya perlu diperhatikan antaranya ialah :
  • Bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan internet tidak akan meminta pelanggan mendedahkan atau mengesahkan nombor PIN atau kata laluan atas apa alasan sekali pun sama ada menerusi email atau panggilan telefon.
  • Jika anda menerima email atau panggilan telefon yang meragukan yang meminta anda membuka halaman perbankan internet anda, jangan mendedahkan PIN atau kata laluan walau dalam apa keadaan sekalipun dan anda perlu menghubungi bank dengan serta-merta.
  • Sebelum menjalankan sebarang transaksi perbankan secara dalam talian, anda perlu memastikan bahawa laman web perbankan internet itu adalah yang rasmi dan sahih serta bermula dengan URL  “https”.
  • Sentiasa pastikan program antivirus komputer anda sudah dikemaskini. Jangan memasuki akaun perbankan internet anda pada komputer di kafe siber atau komputer yang tidak dilindungi dengan sistem antivirus.
  • Jangan menyimpan ID login atau kata laluan anda dalam komputer.
  • Tukar kata laluan secara kerap dan jangan menggunakan kata laluan yang mudah diteka oleh orang lain.
  • Jangan meninggalkan komputer apabila anda memasuki laman web perbankan internet.
  • Sentiasa ingat untuk keluar dari laman web itu sepenuhnya apabila sudah menyelesaikan urusan dan hilangkan memori laman web yang telah dilawati.
  • Semak akaun anda secara kerap.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar